Monday, April 25, 2011
Tuesday, July 20, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Friday, March 5, 2010
Wednesday, March 3, 2010
Cinta Ramadhan
Ramadhan al-Mubarak datang lagi
Bersama salam yang kunanti-nanti
Warkah Aidil Fitri lalu kususuli
Bersama harapan yang menggunung tinggi
Dingin sahur menggamit selera
Solat tahajud jangan dilupa
Menanti SMS yang tak kunjung tiba
Hati gundah tidak terkira
Satu pertiga telah berlalu
Kini harapan semakin lesu
Yang kuharapkan hanyalah restu
Tak kusanggup tertunggu-tunggu
15 Ramadhan bulan purnama
Seri wajahmu seraya menjelma
Kulitmu halus umpama sutera
Menikam kalbu pedih rasanya
Aku kesunyian menunggu berbuka
Tanpa suaramu tiadaku selera
Bibir mekarmu belum bersuara
Adakah hatimu masih terluka
Hujan gerimis menyambut senja
Aku termenung di pintu jendela
Suatu kepastian inginku pinta
Adakah dikau telah berpunya
Iblis diikat di bulan Ramadhan
Salam perkenalan aku hulurkan
Gerbang perkahwinan menjadi taruhan
Bahagia ke akhir hayat itulah harapan
Walaupun jasad belum kumiliki
Budi pekertimu telah kuselidiki
Lembut perwatakan ikhlas di hati
Itulah sifat yang ingin kucari
Tutur katamu penuh berhemah
Langkah jalanmu tiada megah
Itulah sifat wanita muslimah
Pada dirimu terpancar sudah
Bersama salam yang kunanti-nanti
Warkah Aidil Fitri lalu kususuli
Bersama harapan yang menggunung tinggi
Dingin sahur menggamit selera
Solat tahajud jangan dilupa
Menanti SMS yang tak kunjung tiba
Hati gundah tidak terkira
Satu pertiga telah berlalu
Kini harapan semakin lesu
Yang kuharapkan hanyalah restu
Tak kusanggup tertunggu-tunggu
15 Ramadhan bulan purnama
Seri wajahmu seraya menjelma
Kulitmu halus umpama sutera
Menikam kalbu pedih rasanya
Aku kesunyian menunggu berbuka
Tanpa suaramu tiadaku selera
Bibir mekarmu belum bersuara
Adakah hatimu masih terluka
Hujan gerimis menyambut senja
Aku termenung di pintu jendela
Suatu kepastian inginku pinta
Adakah dikau telah berpunya
Iblis diikat di bulan Ramadhan
Salam perkenalan aku hulurkan
Gerbang perkahwinan menjadi taruhan
Bahagia ke akhir hayat itulah harapan
Walaupun jasad belum kumiliki
Budi pekertimu telah kuselidiki
Lembut perwatakan ikhlas di hati
Itulah sifat yang ingin kucari
Tutur katamu penuh berhemah
Langkah jalanmu tiada megah
Itulah sifat wanita muslimah
Pada dirimu terpancar sudah
Sunday, February 28, 2010
Cinta Pantai
Aku berada di persimpangan
Antara damainya kebiruan air laut
Dan keganasan deruman ombak
Ingin kucapai suatu hasrat yang menggunung
Tapi suaraku hilang dihembus angin pantai
Aku meraung melaungkan takbir rindu
Namun gemanya lantas ditelan
Mulut ombak yang ternganga luas
Aku berbisik kepada kalbu
Agar keresahan berganti harapan
Ombak laut datang lagi
Bersama buih-buih harapan dan doa
Namun ia pergi begitu sahaja
Membawa bersama pasir yang putih
Engkau menyepi tiada jawapan
Membiarkan aku hanyut bersama arus
Mahligai pasir tinggal angan-angan
Hancur musnah dibadai ombak pasang
Ombak laut sudah tiada lagi
Ketenangan senja berganti keseraman malam
Kini yang tinggal hanyalah
Seri wajahmu yang ayu
Menggapai jasadku di malam hari yang dingin
Antara damainya kebiruan air laut
Dan keganasan deruman ombak
Ingin kucapai suatu hasrat yang menggunung
Tapi suaraku hilang dihembus angin pantai
Aku meraung melaungkan takbir rindu
Namun gemanya lantas ditelan
Mulut ombak yang ternganga luas
Aku berbisik kepada kalbu
Agar keresahan berganti harapan
Ombak laut datang lagi
Bersama buih-buih harapan dan doa
Namun ia pergi begitu sahaja
Membawa bersama pasir yang putih
Engkau menyepi tiada jawapan
Membiarkan aku hanyut bersama arus
Mahligai pasir tinggal angan-angan
Hancur musnah dibadai ombak pasang
Ombak laut sudah tiada lagi
Ketenangan senja berganti keseraman malam
Kini yang tinggal hanyalah
Seri wajahmu yang ayu
Menggapai jasadku di malam hari yang dingin
Tuesday, November 3, 2009
Lagu "Sayangku"
Bila kulihat matamu sayang
Hati bergetar tidak tertahan
Terasa dunia milikku sorang
Bila berada dalam dakapanmu
Oh ! Sayangku
Tak tertahan hati ini
Melihat air matamu sayang
Kau pergi dengan senyuman
Bersama doa bersama kasih sayangmu,
(korus)
Oh ! Sayangku
Aku kini kesepian
Menanti khabar dari mu sayang
Hadirlah di kau di dalam mimpiku
Bersama harapan mendatang
Oh ! Sayangku
Aku kini kesepian
Hadirlah bersama mahligai kasih
Kekal bersama hingga ke akhirnya
Itulah kasih suci nan abadi
(ulang semula semua rangkap)
Hasil nukilan : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
UPSI, Tg. Malim
23 Oktober 2009
Hati bergetar tidak tertahan
Terasa dunia milikku sorang
Bila berada dalam dakapanmu
Oh ! Sayangku
Tak tertahan hati ini
Melihat air matamu sayang
Kau pergi dengan senyuman
Bersama doa bersama kasih sayangmu,
(korus)
Oh ! Sayangku
Aku kini kesepian
Menanti khabar dari mu sayang
Hadirlah di kau di dalam mimpiku
Bersama harapan mendatang
Oh ! Sayangku
Aku kini kesepian
Hadirlah bersama mahligai kasih
Kekal bersama hingga ke akhirnya
Itulah kasih suci nan abadi
(ulang semula semua rangkap)
Hasil nukilan : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
UPSI, Tg. Malim
23 Oktober 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)